Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
MB: Johor, pusat akan bincang kesesakan 2 pintu masuk dari S'pura
Diterbitkan:  Mar 30, 2019 5:58 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Kerajaan negeri akan bermesyuarat bersama tiga kementerian April ini bagi mencari penyelesaian, isu kesesakan yang dihadapi orang ramai di kedua-dua pintu masuk negeri ini.

Menteri Besar Osman Sapian berkata perbincangan itu akan diadakan bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya.

“Saya rasa dalam bulan hadapan kita akan duduk bersama berbincang, kerana selama kita ini hanya hantar surat (kepada kementerian terlibat). Melalui cara itu, memang ada kesannya dan mereka telah memberi peruntukan, tetapi hanya untuk kesan (penyelesaian) jangka pendek dan tiada apa-apa tindakan untuk jangka panjang.

“Jadi kita harap ada perbincangan strategik nanti,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Kembara Sihat 2019 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kempas di Johor Bahru, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad pada 19 Mac lepas yang menyifatkan Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan, untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

"Memang perlu (jambatan baru) malah saya rasa kerajaan Malaysia tiada masalah dalam perkara ini. Soalnya ialah kerajaan Singapura.

"Ini kerana ia melibatkan dua pihak dan fokus utama buat waktu ini adalah untuk menyelesaikan masalah trafik antara kedua-dua negara," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS