Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penghantar surat khabar maut di LPT
Diterbitkan:  Mar 29, 2019 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Seorang pemandu van yang dalam perjalanan menghantar surat khabar arus perdana dari ibu kota ke Kuantan, maut selepas van dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 164.1 Lebuh Raya Pantai Timur 1, dekat Maran hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kejadian pada 2 pagi itu menyebabkan mangsa Muhamad Rozi Muhammad, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian dipercayai kerana mangsa yang mengantuk merempuh lori di hadapannya sehingga mengakibatkan van itu remuk keseluruhan pada bahagian hadapan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Norzamri berkata pemandu lori, K Prakash, 40, tidak cedera dan lori yang dipandunya hanya mengalami bengkok pada bahagian besi belakang.

Jenazah Muhammad Rozi yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu dihantar ke Hospital Jengka di sini, untuk bedah siasat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS