Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
4.8 juta hektar kawasan diwartakan sebagai hutan simpan kekal
Diterbitkan:  Mar 28, 2019 3:50 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

PARLIMEN l Seluas 4.8 juta hektar kawasan telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal menurut Akta Perhutanan Negara 1984 setakat 31 Dis tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata jumlah tersebut merupakan 37 peratus daripada keluasan tanah Semenanjung Malaysia.

“Kementerian turut mengenal pasti kawasan hutan di tanah kerajaan yang berpotensi untuk menjadi hutan simpan kekal yang berkeluasan 115,399 hektar,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) yang ingin tahu sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk mencapai lima juta hektar keluasan hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia menjelang 2020.

Tengku Zulpuri berkata sasaran itu dijangka boleh dicapai pada penghujung 2020, termasuk melalui kerjasama erat dengan kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak kawasanbaharu dikenal pasti.

Sementara itu, Tengku Zulpuri berkata kementeriannya sedang menyediakan Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan untuk menyelaras undang-undang berkaitan hutan di seluruh negarai.

Katanya, RUU itu juga antaranya mengambil contoh daripada pengalaman kerajaan negeri Selangor yang memperuntukkan pendengaran awam dilakukan sebelum kelulusan aktiviti pembalakan dilberikan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS