Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Doraemon, Jetsons, buluh': Menteri gagal jelaskan kereta terbang
Diterbitkan:  Mar 28, 2019 2:21 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

PARLIMEN l Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, hari ini gagal dalam usahanya untuk menjelaskan sokongan kerajaan untuk teknologi tinggi termasuk "kereta terbang" setelah diasak dan diperlekehkan oleh anggota Parlimen pembangkang.

“Saya nak puji idea yang kreatif ini, saya teringat pada zaman-zaman saya tengok Jetsons dulu, Jetsons, Jetsons, Jetsons," kata Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) sambil ketawa.

Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) turut mencelah dan menyebut: "Doraemon, Doraemon, Doraemon" sambil tersenyum sinis.

The Jetsons adalah sebuah sitkom animasi Amerika dalam suasana futuristik yang pertama kali disiarkan pada tahun 1962 sementara Doraemon adalah komik atau manga Jepun pada 1969 yang kemudiannya menjadi kartun animasi.

Menjelaskan bahawa istilah "kereta terbang" hanya untuk merangsangkan minda dan imaginasi, sedangkan "evolusi" mobiliti udara sebenarnya berdasarkan teknologi drone, Redzuan berkata bahawa peranan kerajaan adalah untuk memudah cara industri dan semua dana dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

Walau bagaimanapun, ahli parlimen pembangkang terus mengasaknya, dengan melemparkan soalan bertubi-tubi. Redzuan akhirnya menyerah kalah.

Noraini kemudian mengemukakan soalannya. Pada mulanya beliau kelihatan serius dan berkata dirinya kagum, tetapi sebenarnya mahu ‘mengenakan’ Redzuan.

“YB mungkin boleh bekerjasama dengan kementerian industri utama dalam menggunakan buluh yang akan ditanam di kementerian industri utama itu,” katanya.

Shamsul, yang pada mulanya berdiri untuk mengemukakan soalanya, terus duduk sambil ketawa berdekah-dekah.

Redzuan: Tak apa, tak apa... itu cuma tunjukkan tahap kematangan dan kesedaran kita... Boleh saya jawab secara khusus pasal buluh? Buluh ini adari akar ke pucuk boleh guna pelbagai termasuk lantai

Noraini: Termasuk ekzos (kereta terbang) boleh tak?

Redzuan: Kalau YB boleh ketengahkan teknologi itu kita sentiasa terbuka. Ini melibatkan penyelidikan, segala bentuk penggunaan teknologi kena berdasarkan kaji selidik, kena ada prototype. Kalau YB...

Noraini: Betul betul betul, kalau prototype boleh ada empat ekzos. Banyak sikit boleh guna.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS