Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Timb menteri jelaskan beza kementerian ekonomi dan kementerian kewangan

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan kepada Dewan Rakyat bahawa kementeriannya bertanggungjawab untuk perancangan ekonomi jangkan panjang dan sederhana.

Jelas Mohd Radzi, tanggungjawab itu membezakan kementeriannya dengan Kementerian Kewangan yang diberikan mandat untuk memantau dasar kewangan dan fiskal, cukai, perolehan dan kewangan kerajaan.

Mohd Radzi berkata demikian ketika sesi soal jawab kementerian sebagai menjawab soalan Wong Chen )PKR-Subang) yang meminta penjelasan tentang perbezaan kedua-dua kementerian itu.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sudah mengambil fungsi Unit Perancangan Ekonomi yang sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai perkembangan sosioekonomi negara.

"Ia termasuk membuat keputusan berhubung pengagihan dana pembangunan untuk jangka panjang," katanya.

Mohd Radzi juga menjelaskan bahawa kedua-dua kementerian bekerjasama untuk mencapai sasaran perkembangan ekonomi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS