Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beri ruang kajian klinikal ganja perubatan - Menteri kesihatan

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memberitahu Dewan Rakyat hari ini terdapat "ruang mendapat keizinan" untuk kajian klinikal terhadap penggunaan ganja (marijuana) bagi tujuan perubatan.

"Kementerian telah mempertimbangkan the medical marijuana (ganja perubatan) untuk diberikan segala ruang untuk dibuat kajian klinikal tapi bukan soalan penanaman dan cultivation tapi atas matlamat rawatan, perubatan dan kesihatan.

"Memang ada ruang untuk kita mendapat izin dan consent, permission untuk menteri kesihatan diberikan izin untuk dilakukan ujian untuk mengesahkan dan verify aplikasi dan keberkesanannya dalam rawatan-rawatan beberapa penyakit tertentu," katanya ketika menggulung perbahasan.

Minggu lalu, Adun Jeram dari Bersatu, Mohd Shaid Rosli menggesa kerajaan Selangor mempertimbangkan mempertimbangkan cadangan bagi melaksanakan penanaman ganja, berkata negeri itu berpotensi menjadi pengeluar terbesar di dunia.

Penggunaan ganja untuk tujuan perubatan menjadi perbualan ramai pada September lalu, selepas Muhammad Lukman, 29, dijatuhi hukuman mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan minyak ganja.

Kabinet kemudiannya memberikan moratorium (penangguhan) terhadap hukuman mati Lukman.

Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata pada masa itu kabinet "secara ringkas" membincangkan nilai perubatan ganja dalam satu mesyuarat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerahan sokongan untuk mengesahkan penggunaan ganja perubatan akan menjadi "pertempuran berat."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS