Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sebutan semula kes rasuah, pengubahan wang haram Azeez 21 Jun

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes rasuah dan pengubahan wang haram Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya pada 21 Jun ini.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Azeez dan abangnya Abdul Latif Abdul Rahim hari ini hadir ke mahkamah untuk sebutan kes. Pihak pendakwa juga menyerahkan sebahagian dokumen kepada pihak pembelaan.

Azeez dan Abdul Latif diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Pada 16 Januari lalu, Azeez dihadapkan dengan 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, dengan jumlah keseluruhan RM144.6 juta, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) dan Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Abdul Latf pula berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM kerana bersubahat dengan Azeez dalam menerima RM4 juta daripada pengarah sebuah syarikat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS