Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada Komunis’
Diterbitkan:  Mar 25, 2019 11:47 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang melabel pengkritik yang menyamakan partinya dengan Taliban sebagai disokong oleh komunis.

Menerusi sajaknya yang disiarkan di akaun media sosialnya malam semalam, Hadi menulis: "Kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada Komunis."

Adalah dipercayai hantaran itu bagi menjawap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.

Susulan itu, pemimpin Umno dan PAS membidasnya dan mendakwa bahawa sepanjang tiga dekad pemerintahan PAS di Kelantan membuktikan bahawa golongan minoriti tidak pernah didiskriminasi.

Nga enggan memohon maaf berhubung ucapannya itu.

Tinjaaun Malaysiakini mendapati sajak itu mendapat pujian di laman Facebooknya tetapi hantaran yang sama di Twitter mengundang tindak balas negatif.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS