Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo memberi peringatan supaya menghentikan gangguan terhadap wartawan.
"Tolong berhenti melecehkan atau mengapa-apakan wartawan. Mereka berada di sana untuk melaporkan fakta.
"Jika kamu tidak bersetuju dengannya, kamu harus menerangkan fakta kamu kepada mereka atau menjawab artikel yang ditulis atau bahkan menyaman jika kamu perlu berbuat demikian.
"Tetapi jangan gunakan kekerasan atau mencaci-maki, itu tidak boleh diterima," katanya dalam catatan Twitter.
Semalam, dua pemimpin Umno mengganggu dua pelatih Malaysiakini selepas mereka kecewa dengan laporan portal berita itu.
Laporan itu mengenai penyokong Najib Razak yang cuba menghalang bantahan pelajar terhadap bekas perdana menteri.
Mereka mendakwa para pelajar melakukan provokasi dengan memegang plakad Najib berwajah badut dan sepanduk mengkritik MP Pekan dalam skandal 1MDB.
Para penyokong kemudiannya berkonfrontasi dengan pelajar dan mengoyakkan plakad Najib berwajah badut itu manakala seorang anggota kumpulan itu pula dilihat mencekik plejar terbabit dari arah belakang.
Sementara itu, semalam Najib menjelaskan individu yang dikaitkan dengan keganasan dengan kumpulan pelajar ketika acaranya di Kuala Lumpur petang tadi bukan anggota Umno.
“Dia bukan anggota parti dan tidak terlibat dengan ceramah.
"Dia, saya difahamkan, hanya lalu dan masuk campur ketika kekacauan itu berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.