Paling Popular
Terkini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh perbicaraan terhadap presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Perbicaraan ditetapkan pada 8 hingga 11 Julai, 15 hingga 17 Julai, 5 hingga 8 Ogos, 19 hingga 22 Ogos dan 10 hingga 12 September.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah juga menetapkan 9 Mei untuk pengurusan kes.

Ahmad Zahid pertama kali didakwa pada Oktober tahun lalu atas 45 pertuduhan pecah amanah melibatkan RM20.83 juta, menerima RM21.25 juta sebagai suapan ketika menjadi menteri dalam negeri dan pengubahan wang haram sebanyak RM72.07 juta.

Daripada 45 pertuduhan, 10 pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah lebih RM20.8 juta dana Yayasan Akalbudi antara 2014 dan 2016.

Pada Disember lalu, Ahmad Zahid didakwa dengan satu lagi pertuduhan pecah amanah, melibatkan dana yayasan itu sebanyak RM10 juta tiga tahun lalu.

Pada 20 Feb tahun ini, beliau sekali berdepan tuduhan pecah amanah melibatkan penyalahgunaan dana yayasan berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS