Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mapim dapat anugerah dari Erdogan
Diterbitkan:  Mar 22, 2019 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) antara badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa diberi penghargaan oleh kerajaan Turki.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mapim berkata penghargaan itu disampaikan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada majlis Benevolence Award di istananya pada 13 Mac lalu.

“Majlis penganugerahan ini meraikan ramai individu dan kumpulan dari serata dunia demi menghargai sumbangan mereka terhadap dunia.

“Mapim merupakan satu-satunya NGO dari Malaysia yang dijemput tahun ini atas sumbangan yang berterusan dalam dunia misi kemanusiaan di pelbagai negara, terutama di Syria.

“Ini juga merupakan penghargaan kali ketiga buat Mapim oleh Turki bersama Turkey Diyanet Foundation (TDV) yang melihat Mapim sebagai sebuah badan yang sering bertindak pantas dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Mapim merupakan sebuah NGO yang terlibat dalam banyak aktiviti kemanusiaan dan menghulurkan bantuan jutaan ringgit ke jutaan manusia sejak ia ditubuhkan pada tahun 2008.

Selain itu, Mapim turut merayu rakyat Malaysia agar terus menyokong dan menghulurkan bantuan menerusi www.tabungsyria.com atau Maybank 5628-3463-6987 untuk disalur kepada mereka yang memerlukan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS