Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer mencadangkan CEO Air Asia Tony Fernandes diberi peluang untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang berdepan masalah kerugian.

"Struktur semula MAS dan berikannya kepada Tony Fernandes. (Kita) Jangan campur urusan MAS dan tengok kalau dia boleh bawa keuntungan kepada syarikat itu.

"Ini bukan sains nuklear. Jika dibandingkan dengan MAS, Air Asia masih baru tetapi buat keutungan. Jadi biar Tony Fernandes kendalikan MAS," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau amat menyayangi syarikat penerbangan negara itu tetapi kerajaan tidak mampu lagi menyelamatkannya, justeru sedang mengkaji keperluan untuk menjualnya.

Sebelum ini pemilik MAS, Khazanah Nasional berkata separuh daripada RM7.3 bilion kemerosotan nilai pada 2018 - yang menyebabkan Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.3 bilion - adalah daripada MAS.

Mengulas lanjut, Rayer berkata cadangannya itu tidak bermaksud penggabungan MAS dan Air Asia.

"Saya tidak pasti (Air Asia) berminat mengambil alih kerugian syarikat lain. Jadi penggabungan isu lain.

"Tetapi jika Tony Fernandes ambil alih operasi dan memecat atau melantik sesiapa (dalam MAS), saya percaya itu cadangan baik," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS