Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri prihatin kebajikan keluarga allahyarham Ruzaimi
Diterbitkan:  Mar 20, 2019 9:08 PM
Dikemaskini: 1:08 PM

Kementerian Pengangkutan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, kakitangan Malaysia Airports yang meninggal dunia semalam susulan kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

"Menteri Pengangkutan Anthony Loke merasa amat prihatin terhadap kebajikan keluarga allahyarham dan akan memastikan segala bantuan disalurkan dengan kadar segera," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ruzaimi meninggal dunia pada pukul 6.45 petang semalam selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya kerana terlibat dengan kemalangan apabila kenderaan Unit Kejuruteraan Malaysia Airports yang dipandunya dilaporkan dirempuh sebuah pesawat swasta pada awal pagi Isnin (18 Mac).

Kenyataan itu berkata kementerian melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah memulakan siasatan menyeluruh untuk mengetahui punca insiden itu.

“Laporan awal dijangka dikeluarkan dalam masa 30 hari manakala laporan akhir akan dikeluarkan dalam tempoh 12 bulan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS