Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad hari ini menyeru wakil rakyat pembangkang supaya tidak menjadikan pembangkang terdahulu sebagai contoh demi mewajarkan tindakan mereka di Dewan Rakyat.

"Ini kerana mereka (pembangkang BN) berbeza berbanding kami, bila kami dulu menjadi pembangkang tidak mempunyai pengalaman sebagai kerajaan.

"Memang banyak maklumat kami tidak dapat, sehingga ada dari pihak kami terpaksa provokasi, jolok dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat. Itu boleh boleh difahami. Tetapi, sekarang pembangkang ini terdiri daripada bekas perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri.

"Jadi, jangan guna kami sebagai contoh pasal dulu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Mengulas lanjut kekecohan oleh pembangkang di Dewan Rakyat semalam, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata pembangkang hari ini mempunyai pengalaman sebagai kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih membina.

"Bagilah, cadangan-cadangan bagaimana untuk memperbaiki pentadbiran. Sebagai bekas kerajaan mereka sepatutnya ada maklumat. Maka, mereka sepatutnya datang dengan cadangan-cadangan bagaimana memperbaiki soal kebajikan, bajet dan sebagainya," katanya.

Khalid Samad turut mendakwa kekecohan semalam sengaja dicetuskan untuk ditonton oleh orang-orang kampung untuk menunjukkan bahawa mereka berjuang demi Melayu dan Islam.

"Dia (wakil rakyat BN) gunakan isu-isu emosi dan sebagainya ia memang satu tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan.

Main peranan lebih baik

Bagaimanapun, Khalid percaya ia adalah sesuatu normal dan akan bertambah baik sambil menyeru pembangkang untuk memainkan lebih baik dan berkesan.

Untuk rekod, Dewan Rakyat menjadi tegang seketika selepas Timbalan Speaker Nga Kor Ming mengeluarkan perintah menggantung MP pembangkang Tanjong Karang, Noh Omar selama tiga hari atas dakwaan menghina Dewan Rakyat dan speaker

Susulan itu, MP BN bersama MP PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas tidak puas hati dengan keputusan timbalan speaker.

Kemudian Noh mengarahkan soalannya kepada speaker parlimen Singapura bagi meminta bantuannya apabila pemimpin Umno itu diberitahu telah digantung selama tiga hari kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan.

Pada sesi petang, dewan sekali lagi menjadi kecoh susulan PAS menuduh DAP sebagai anti-Islam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS