Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tahu delegasi S'pura di Parlimen, pembangkang sengaja buat drama'

Anggota Parlimen Batu Gajah V Sivakumar menganggap pembangkang sengaja mencetuskan 'drama' untuk mencemarkan Dewan Rakyat kerana tahu delegasi Parlimen Singapura hadir hari ini.

Beliau merujuk tindakan kira-kira 20 anggota parlimen keluar dewan selepas penggantungan Anggota Parlimen Tanjung Karang Noh Omar di sebelah pagi, dan tindakan Noh Omar mempersoal penggantungannya selepas itu.

“Saya percaya mereka telah pun merancang untuk membuat ‘drama’ selepas mengetahui kehadiran delegasi Singapura.

“Tindakan Noh Omar minta ‘bantuan’ speaker Singapura bukti Umno cuba mencemarkan reputasi parlimen Malaysia, “ katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada delegasi Singapura ada dalam Dewan Rakyat ketika protes anggota parlimen pembangkang itu.

Pagi tadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming menggantung Noh Omar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama tiga hari selepas pertikaian lidah antara mereka semalam.

Ketika itu, Noh menyifatkan Nga tidak layak menjadi timbalan yang dipertua susulan kenyataannya yang membandingkan kerjasama Umno-PAS dengan Taliban.

Noh tiada ketika Nga membuat keputusan itu dan hanya tiba di Dewan Rakyat 15 minit sebelum sesi ditangguhkan untuk rehat tengah hari.

Mempersoalkan penggantungannya, beliau mengarahkan pertanyaannya kepada Tan dan berkata: "Saya nak tanya speaker dari Singapura, pernahkah speaker Singapura menggantung ahli tanpa kehadilan orang yang dituduh?"

Mengulas perkara itu, Sivakumar berkata tindakan Noh Omar bertanya kepada speaker Singapura sebagai tidak cerdik.

Beliau turut menafikan Kerajaan bersikap tidak adil apabila Noh Omar tidak diberi peluang membela diri sebelum digantung.

“Saya ingin menegaskan semasa era BN saya bersama dua anggota parlimen pernah digantung sepuluh hari tanpa memberi peluang membela kerana membangkit isu 1MDB,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS