Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Muhammad V rasmi istiadat pembukaan DUN Kelantan

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu.

Baginda yang tiba kira-kira 11.15 pagi disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan barisan Exco kerajaan negeri.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sementara itu, Mohd Amar ketika ditemui pemberita selepas istiadat perasmian berkata majlis berkenaan diadakan secara ringkas kerana cuaca panas yang melanda Kelantan ketika ini.

“Tuanku bertitah semalam sebab cuaca panas maka baginda minta tiada perbarisan seperti biasa. Kalau ada perbarisan pasukan perbarisan kena datang awal untuk berbaris, jadi nak mengelak masalah jadi tuanku titah supaya tiada perbarisan,” katanya.


-- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS