Bonda tiri Sultan Johor Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun.
Perkara itu dinyatakan di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pukul 8.37 pagi ini.
"Al-Fatihah Almarhumah YAM Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad, bonda DYMM Sultan Johor.
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali," kata hantaran tersebut.
Tengku Puan Zanariah merupakan isteri kedua kepada Almarhum Sultan Iskandar, dan berkahwin pada 1961.
Tengku Puan Zanariah menjadi Raja Permaisuri Agong pada 1984 hingga 1989.