Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Syarikat besar kurang berminat bina rumah mampu milik'

Syarikat-syarikat besar kurang berminat untuk menghasilkan rumah mampu milik pada harga RM300,000 di ibu negara kerana kos yang tidak efisien meskipun permintaan yang banyak.

Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld, Ng Thien Phing berkata kerajaan perlu memainkan peranan bagi membantu pemaju untuk menyediakan rumah mampu milik selaras dengan kehendak rakyat.

"Permintaan cukup banyak, misalnya pembinaan Sky Awani 1, kita mendapat 17,000 permohonan daripada orang ramai.

"Pemaju hendak buat, tetapi kosnya tidak efisen. Hanya syarikat-syarikat tertentu saja seperti SykWorld (membinanya). Dan kita SkyWorld juga mendapat QLASSIC (sistem penilaian kualiti pembinaan).

"Jadi kita minta kerajaan lakukan cross subsidy seperti penghapusan caj perintah pembangunan, bayaran-bayaran fi yang lain bagi membolehkan pemaju terus menyediakan rumah mampu milik berkualiti.

"Tidak semua syarikat-syarikat besar hendak buat rumah mampu milik sebab tidak untung, di Kuala Lumpur ini mereka (pemaju) perlu jual pada harga lebih RM300,000 baru dapat balik kos yang efisen," katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis "Topping Off" bagi residensi SkyAwani 2 di Kampung Batu Muda.

Majlis berkenaan disempurkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.

Hadir sama, Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran dan Penasihat Khas Menteri Kerja Raya, Tian Chua.

Sementara itu, Khalid ketika berucap mencadangkan pemaju supaya membangunkan Residensi Wilayah dengan keluasan 900 kaki persegi dengan mengekalkan harga RM300,000.

"Kediaman yang lebih luas akan memberikan nilai keselesaan kepada penghuninya dan sekaligus akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat.

"Saya juga berharap supaya projek perumahan Residensi Wilayah yang akan datang akan melaksanakan dan memperoleh pengiktirafan Qlassic supaya kualiti pembinaan projek pada tahap yang tertinggi memberikan kepuasan kepada para pembeli," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS