Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin harap kertas putih Felda dibentang secepat mungkin

PARLIMEN | Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berharap kertas putih Felda dapat dibentangkan secepat mungkin dalam sesi parlimen kali ini.

“Kita sedang bincangkan dalam parlimen.

“Harapnya selepas perbahasan ucapan Tuanku (Yang Dipertuan Agung), mereka dapat mencari tarikh yang sesuai untuk membentangkannya secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.

Sejak tahun lalu, Mohamed Azmin beberapa kali menyuarakan hasrat untuk membentangkan kertas putih Felda di sidang parlimen.

Kertas putih tersebut antara lain menggariskan usaha kerajaan untuk memulihkan pentadbiran dan kewangan Felda.

Menurut Singapore Straits Times, kertas putih itu turut menyentuh Tawaran Awam Permulaan (IPO) berjumlah RM10 bilion oleh Felda Global Ventures (FGV).

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012 dan merupakan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun itu dengan harga tawaran RM4.55, selepas Facebook.

Menurut laporan itu, sejak itu, Felda mengumpul kerugian RM10 bilion dan hutang RM12 bilion pada penghujung 2017.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS