Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kos baru ECRL sudah ada dalam fikiran - Dr Mahathir
Diterbitkan:  Mar 8, 2019 11:42 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan untuk meneruskan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tetapi dengan syarat jika kos ideal dapat dipersetujui oleh Malaysia dan China.

Semasa wawancara bersama South China Morning Post (SCMP)  apabila ditanyakan wartawan sekiranya beliau sudah mempunyai harga baru ECRL dalam fikirannya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ada. Tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kepada anda. "

Perdana menteri dipetik SCMP berkata demikian di Manila, Filipina pada hari Khamis lalu.

Bulan lepas, Mahathir berkata kerajaan sedang berunding untuk mendapatkan harga yang lebih baik lagi dan projek itu hanya akan diteruskan jika kedua-dua negara bersetuju dengan kos baru itu.

Projek ECRL bernilai RM81 bilion telah diluluskan kabinet pada bulan Oktober 2016. 

Pembinaan itu akan dikendalikan oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC), manakala pembiayaan pula akan disediakan oleh Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) .

Bayar faedah RM200 juta

Kerajaan telah membayar faedah RM200 juta kepada kontraktor utama ECRL Communications Construction Company (CCCC). Pembayaran faedah itu pula berdasarkan pinjaman sebanyak RM55 bilion dari Exim Bank.

Mahathir juga berkata Putrajaya mempertimbangkan meneruskan rancangan projek ECRL itu selepas memikirkan kerajaan perlu membayar pampasan besar jika dibatalkan dan perlu memberi lampu hijau kepada projek itu pada harga yang dikurangkan.

"Nah, kerana kami tahu bahawa kontrak tidak boleh ditamatkan secara unilateral. Anda perlu membayar pampasan.

"Pampasan boleh jadi sangat besar. Antara perlu membayar pampasan jika anda berhenti dan meneruskan jika harga dikurangkan, akan menjadi sesuatu yang akan kami pertimbangkan untuk melihat keputusan mana yang paling baik. "

Pada hari Ahad, Mahathir berkata perbincangan dengan kontraktor mendedahkan bahawa projek itu boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, jauh lebih rendah daripada harga asal RM55 bilion yang dipersetujui sebelum ini.

"Ia boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, tetapi kenapa kontraknya berjumlah RM55 bilion? Mungkin supaya membolehkan seseorang untuk mencuri wang itu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS