Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lim: PH perlu rangka formula pasca-Semenyih
Diterbitkan:  Mar 5, 2019 4:20 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Pakatan Harapan (PH) memerlukan sebuah formula untuk terus mendapatkan sokongan rakyat susulan kekalahan dalam PRK Semenyih, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Bagaimanapun Lim berkata untuk melangkah ke hadapan, PH tidak boleh mengikut rentak Umno dan PAS, malah cuba melebihi kedua-dua parti itu dalam ideologi yang dipegang mereka.

"Cabaran untuk PH selepas kekalahan PRK Semenyih adalah untuk merangka sebuah formula yang dapat terus mencetuskan harapan dan sokongan di kalangan rakyat, bahawa PH komited membina Malaysia baru untuk kebaikan semua rakyat dan generasi masa depan.

"Tahun 2019 akan menjadi tahun penentu dalam sejarah negara yang akan memutuskan sama ada Malaysia baru yang mahu dibina PH - Bersatu, PKR, Amanah dan DAP - akan diteruskan atau akhirnya ilusi semata," katanya dalam kenyataan, hari ini.


BacaPH perlu muhasabah hadapi PRK Rantau, kata Mujahid


Lim berkata PH perlu meyakinkan rakyat bahawa mereka komited terhadap matlamat Malaysia baru dan usaha ke arah itu sedang berjalan.

Beliau juga menegaskan usaha pembinaan negara adalah formula menang-menang, dan tidak mengorbankan mana-mana pihak (zero sum game).

Misalnya, katanya lagi, perjuangan terhadap golongan Cina dan India perlu tetapi bukan dengan menjejaskan golongan lain.

"Begitu juga dengan Kadazan, Iban dan Orang Asli di negara ini," katanya lagi.

Sabtu lalu, BN merampas semula kerusi DUN Semenyih - yang dimenangi PH pada PRU ke-14 - dengan majoriti 1,914 undi.

PH menang besar pada PRU lalu susulan pecah undi antara PAS dan Umno.

Namun kedua-dua parti itu bekerjasama pada kali ini, sama seperti PRK terdahulu selepas PRU ke-14.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS