Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Buluh ganti sawit, menteri ada kajian?'
Diterbitkan:  Mar 5, 2019 1:47 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

Menteri Industri Utama Teresa Kok perlu peka dengan keadaan sekeliling sebelum mencadangkan penanaman buluh sebagai pengganti sawit, kata Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Ketuanya Shahir Adnan berkata menukar tanaman bukan satu pelan tindakan yang baik untuk petani.

"Adakah pihak kementerian sudah melakukan kajian terperinci mengenai kesesuaian tanah sawit kepada tanah untuk menanam buluh."

"Adakah pihak kementerian sudah mendapatkan pendapat pakar-pakar sawit dan petani yang sebenarnya dekat dengan perusahaan sawit itu sendiri?" soal Shahir lagi.

Mengulas kejatuhan harga sawit, Shahir berkata masih tiada pelan jelas dikongsi Teresa untuk memulihkan keadaan.

Katanya, harga minyak sawit pada hari ini adalah RM 2,149/tan metrik berbanding pada minggu pertama bulan Mac 2018, dengan harga RM2,463/tan metrik.

Harganya merosot 15 peratus.

Sementara itu, Shahir turut mempersoalkan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Saifuddin Nasution Ismail yang mengumumkan kerajaan tiada perancangan untuk menurunkan harga minyak masak.

Katanya mengikut kiraan mudah, harga minyak masak sawit patut turun sekurang-kurangnya 15 peratus, selaras dengan kemerosotan harga sawit mentah dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS