Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lantikan Undang Luak Jelebu ke-16 muktamad - Rais Yatim
Diterbitkan:  Mar 2, 2019 8:15 PM
Dikemaskini: 12:15 PM

Beliau berkata demikian berikutan bantahan Datuk Lembaga Delapan (Tiang Balai) Luak Jelebu baru-baru ini atas pelantikan Maarof sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.

Pelantikan seorang pesara guru Maarof Mohd Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 adalah muktamad, kata bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Dr Rais Yatim.

Beliau yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata ini adalah selaras dengan peruntukan pada Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, khasnya Perkara 16.

"Jadi, dengan adanya nasihat Menteri Besar dan sebagainya di bawah kuatkuasa itu, maka pemilihan (pelantikan) Maarof sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 sudah muktamad dan mengikut lunas yang tertinggi dan tidak boleh digubal semula atau diperbaharui.

Rais yang juga bekas anggota Parlimen Jelebu ditemui pada majlis 'Patagak Datuek Ampek' di Rumah Gadang Budi, Kampung Gagu dekat Jelebu, hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan bantahan Datuk Lembaga Delapan (Tiang Balai) Luak Jelebu baru-baru ini atas pelantikan Maarof sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.

Rais berkata berasaskan kes pelantikan Undang Luak Jelebu ke-15 Datuk Musa Abdul Wahab pada 1981 semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu, kes itu adalah muktamad dengan penghakiman oleh Azlan Shah bahawa pertelingkahan adat di luak atau di negeri tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Maarof diumumkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 dalam satu istiadat pada 20 Disembr 2018 bagi menggantikan Undang Luak Jelebu ke-15, Musa Abdul Wahab yang meninggal dunia pada 11 September 2014.

Terdahulu pada majlis itu, Mat Sidek Sikin, 83, dilantik sebagai Datuek Ampek (Datuk Empat) Kampung Gagu, manakala Azahari Tasmin, 69, pula dilantik sebagai Datuek Mangku (Datuk Mangku) Kampung Gagu.

Majlis itu dijalankan dengan penuh adat istiadat mengikut masyarakat Minangkabau dan Rais turut menyerahkan surat pelantikan mereka berdua.

Rais berkata selain sebagai pentadbiran adat, Datuk Empat juga berperanan memberi keharmonian pada masyarakat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS