ADS
mk-logo
Berita
Wartawan tarik balik saman fitnah terhadap Guan Eng

Seorang wartawan dari akhbar harian Cina, Guang Ming Daily menarik balik saman fitnahnya terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Hakim Rosilah Yob bersetuju dengan keputusan wartawan Ong Beng Siang dan memerintahkannya membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Lim.

Peguam Ong, Amareson K Velu berkata: "Anak guamnya saya memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu."

Ong, 42, menghantar surat tuntutan kepada Lim pada 6 Mac 2017 tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada Lim, yang ketika itu adalah ketua menteri Pulau Pinang. Saman kemudiannya difailkan di Mahkamah Tinggi pada 17 Mac.

Ong, yang bekerja sebagai wartawan selama 25 tahun, mendakwa bahawa dia dituduh sebagai "tidak beretika, tidak profesional dan cuba unuk menggulingkan kerajaan Pulau Pinang".

ADS

Dakwaan itu berdasarkan catatan di Facebook Lim pada 22 Januari, 2017 di mana beliau berkata terdapat pemberita yang mahu merosakkan reputasi kerajaan Pulau Pinang.

Ini susulan sebuah laporan mengenai keputusan SJK (C) Chung Hwa 3 untuk tidak membina satu lagi cawangan sekolah itu.

Ong pada asalnya memfailkan saman tersebut menuntut permohonan maaf, ganti rugi dan ganti rugi teruk daripada Lim.

ADS

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan terdahulu pada prosiding kes itu peguam Amareson yang mewakili Ong berkata pihaknya bersetuju untuk menarik balik saman berkenaan tanpa kebebasan untuk menfailkan semula dengan kos ditentukan oleh mahkamah.

Bagaimanapun peguam Simon Murali yang mewakili Lim memohon kos RM80,000 diberikan kepada defendan atas alasan semasa saman itu difailkan, defendan ketika itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan kini Lim adalah Menteri Kewangan.

"Permohonan untuk menarik balik telah dibuat pada hari kedua perbicaraan selepas defendan (Lim) telah membuat persediaan termasuk memanggil saksi-saksi.

Kes ini penting kerana kedudukan Lim sekarang sebagai Menteri Kewangan. Defendan harus mempertahankan dirinya kerana jika Ong berjaya dalam tuntutan ini, ia akan mencemarkan reputasi Lim dan kredibilitinya sebagai Menteri Kewangan. Oleh itu defendan harus mempertahankan diri , Banyak pihak terlibat dalam penyediaan kes ini," katanya.

Bagaimanapun Amareson berkata Ong hanyalah seorang wartawan dan mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan dan dengan penarikan saman tersebut membolehkan plaintif menumpukan tugasnya sebagai Menteri Kabinet.

Pada 17 Mac 2017, Ong menfailkan saman itu terhadap Lim dengan mendakwa defendan telah menfitnahnya menerusi laman sosial Facebook bekas Ketua Menteri berkenaan.

Ong mendakwa status Facebook Lim telah menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai seorang wartawan.

Menerusi status laman Facebooknya pada Januari 2017, Lim mendakwa mengetahui ada wartawan yang memburukkan kerajaan negeri dan perkara itu sepatutnya dilakukan dengan berfakta, bukannya dengan menyiarkan artikel tidak tepat.

Ong pada ketika itu turut menuntut permohonan maaf, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Lim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS