Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Letak patung di surau: Polis tangkap 'suspek gila isim'
Diterbitkan:  Feb 25, 2019 12:18 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Polis telah menangkap seorang suspek yang mengaku meletakkan patung di Surau Sabilul Huda yang menyebabkan kemarahan masyarakat Islam baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli dipetik Oriental Daily berkata serbuan dibuat tidak jauh dari kawasan surau berkenaan pada petang semalam.

"Pada hari Ahad 6.15 petang sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Klang Selatan telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Pandarmaran Indah, iaitu kira-kira 200 meter ddari surau tersebut dan telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki Melayu berumur lebih kurang 37 tahun.

"Hasil keterangan awal, suspek mengaku terlibat dalam kedua-dua kes yang disiasat, iaitu kes yang berlaku pada 20hb Februari dan kejadian yang berlaku pada 23hb Februari," katanya.

Shamsul berkata suspek mengamalkan ajaran sesat dan menjadi "gila isim."

"Suspek juga mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah atau gila isim.

"Ketika berada di rumah keluarganya, suspek sering bermimpi melihat Kaabah dikelilingi patung berhala dan ekoran dari mimpi tersebut, suspek percaya bahawa beliau perlu melakukuan perkara yang sama di surau berkenaan bermaksud suspek percaya dia perlu letak patung berhala d sekeliling surau tersebut.

"Jadi suspek telah letak dua patung kepercayaan (Taoisme) dan satu patung kepercayaan Hindu.

"Itu yang pertamanya patung dikenali sebagai Datuk Gong, dan pada 23hb Februari dua patung bersaiz kecil," jelasnya.

Pada 20 Februari lalu, berhala "Datuk Gong" dicuri dari sebuah rumah berdekatan dan diletakkan d surau. Tiga hari kemudian patung Hindu pla diletakkan di surau berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS