Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lepas k'jaan setuju RCI, Sangeet pertimbang saman terhadap CJ
Diterbitkan:  Feb 25, 2019 11:57 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Peguam Sangeet Kaur Deo akan menimbang semula samannya terhadap ketua hakim negara memandangkan kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat badan kehakiman.

Dia memohon kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Firuz Jaffril hari ini supaya diberikan waktu untuk meneliti jika RCI akan menjadikan samannya hanya bersifat akademiknya.

Mahkamah memberi lampu hijau atas permohonan berkenaan.

Bercakap kepada media selepas itu, Sangeet menjelaskan bahawa dia secara peribadi tidak percaya RCI boleh memberi kesan terhaadap kesnya, tetapi mahu mahkamah memastikan hal itu.

"Memandangkan terdapat RCI, kami menimbangkan pendirian berkaitan dengan perkara ini. Dan kami akan memberitahu perkembangan terkini kepada mahkamah pada 13 Mac ini.

"[...] Saya sendiri berpendapat bahawa ia (RCI) tidak menjejaskan kes ini, tetapi saya ingin menelitinya.

"Dan juga bergantung kepada afidavit balasan (dari defendan), jika ada satu, dan kandungan (afidavit balasan) itu, saya fikir saya perlu meneliti untuk melihat sama ada permohonan saya telah menjadi akademik atau tidak," katanya.

Selain daripada permohonan itu, Sangeet hari ini menyampaikan kepada defendan afidavit balasnya, yang memasukkan dakwaan Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Becker terhadap badan kehakiman yang membawa kepada pembentukan RCI.

Defendan, diwakili peguam S Narkunavathy, akan menyampaikan jawaban balasnya pada 13 Mac ini juga.

Sangeet menyaman ketua hakim negara - tidak disebutkan dalam samannya yang asal - atas dakwaan campur tangan kehakiman dalam kes rayuan mendiang bapanya Karpal Singh, dan kes penukaran agama anak-anak M Indira Gandhi.

Dia sedang memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa ketua hakim gagal mempertahankan integriti dan kewibawaan badan kehakiman apabila beliau gagal menyiapkan siasatan yang berkaitan dengan dua kejadian di atas.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS