Paling Popular
Terkini

Politik menyebabkan rakyat Malaysia tidak dapat saling memahami dan mengasihi antara satu sama lain, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Jelasnya, persefahaman merupakan kunci untuk mengatasi isu seperti perkauman dan ekstremis agama.

"Dalam Malaysia, kita perlu bergerak ke hadapan. Ini bukan hanya politik. Kadang-kadang politik menjadi terlalu biasa. Ia hanya tentang siapa yang akan cabar apa, dan apa khabar angin seterusnya.

"Ia memenatkan, terlalu biasa dan kita tidak dapat menumpukan untuk memahami kebajikan rakyat," kata Anwar ketika berucap di persidangan Tirukkural, teks klasik Tamil tentang etika dan moral di Universiti Malaya hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar turut berkongsi bahawa beliau sudah membaca teks Tirukkural banyak kali.

Mengulas lanjut berhubung keperluan untuk saling memahami, Anwar berkata, tidak cukup sekadar saling bertoleransi.

"Bagaimana anda menjalani kehidupan sebagai orang India di Malaysia jika anda tidak memahami Islan?

"Atau menjadi Muslim dengan mengetahui wujud masyarakat Hindu yang kuat di negara ini namun tidak memahami Hinduism," katanya.

Beliau menggesa rakyat Malaysia tidak mudah termakan dengan polemik perkauman dan membenarkan kejadian tertentu menjadi isu yang menyebabkan perpecahan kaum.

Tambahnya, isu-isu seumpamanya perlukah dilihat dengan akan yang tenang dan rasional.

Perlu berdepan cabaran realiti

Polemik perkauman dilihat semakin kuat selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Pembangkang yang ketika ini terdiri daripada Umno dan PAS mendakwa kemenangan mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands adalah kerana orang Melayu Muslim bersatu untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH).

Sentimen itu diteruskan pada kempen PRK di Semenyih, yang merupakan kawasan majoriti Melayu. Anwar dijangka melawat kawasan berkenaan esok.

Ketika diminta mengulas berkenaan pendekatan yang akan diambil bagi menyampaikan mesej inklusif kepada pengundi Semenyih, Anwar berkata, isu yang dihadapi orang Melayu bukanlah isu perkauman.

"Saya fikir ramai orang Melayu menghargai hakikat bahawa Islam mempromosi dan menyokong persefahaman dan saling menghargai dalam sebuah masyarakat.

"Tapi kita perlu berdepan dengan realiti cabaran yang ada (seperti) penyebaran kebencian, rasa tidak selamat, benci terhadap yang lain, yang bagi saya tidak boleh dipertahankan.

"Ada isu kemiskinan, masalah rakyat terpinggir dan masalah ekonomi, sudah tentu [...] kita perlu menanganinya, tapi semua ini bukan isu perkauman," katanya kepada pemberita selepas berucap.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS