Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Justo disiasat atas dakwaan pengintipan ekonomi
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 11:03 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Xavier Andre Justo - antara individu utama dalam pendedahan skandal 1MDB - kini disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland berhubung dakwaan pengintipan ekonomi (economic espionage).

Warga Switzerland itu didakwa mencuri data daripada bekas majikannya, PetroSaudi International, dan cuba menjualnya. Data tersebut menjadi pemula kepada pendedahan penyelewengan dana 1MDB di sebalik urus niaga dengan Petrosaudi.

Menurut laman berita Swissinfo, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengesahkan siasatan terhadap Justo mengikut Artikel 273 Kanun Keseksaan negara itu, berkaitan dakwaan pengintipan ekonomi.

OAG juga mengesahkan Menteri Undang-Undang Switzerland Simonetta Sommaruga telah mengarahkan pendakwaan terhadap Justo September lalu.

Sebelum ini, Justo dijatuhkan hukuman penjara di Thailand selepas didakwa mengugut Petrosaudi untuk mendedahkan data-data tersebut.

Dia juga memberikan data itu kepada The Edge Media Group dengan janji pertukaran wang, tetapi tidak dibayar.

Selepas perubahan kerajaan Malaysia dan pendakwaan terhadap Najib Razak berkaitan 1MDB, Pengerusi The Edge Media Group Tong Kooi Ong memberikan AS$2 juta (RM8.2 juta) kepadanya atas peranannya mendedahkan skandal 1MDB.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS