Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemandu rentung, kereta terbabas, terbakar
Diterbitkan:  Feb 17, 2019 11:34 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

Seorang pemandu kereta jenis BMW rentung selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar di Jalan PJU 1A/1 menghala ke Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang dekat Kuala Lumpur awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian, yang berlaku di jalan lurus dan mempunyai empat lorong jalan, pada pukul 4.50 pagi.

Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan dan identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan kereta itu telah hangus sepenuhnya.

“Kebakaran hanya dapat dipadamkan selepas 15 minit oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zani berkata polis sedang mengesan waris mangsa berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS