Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
NUTP: Majlis pendidikan, JK kajian dasar bukti komitmen Maszlee
Diterbitkan:  Feb 16, 2019 4:24 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, menjadi antara bukti usaha Kementerian Pendidikan di bawah kepimpinan Dr Maszlee Malik menyelesaikan isu-isu pendidikan dalam negara.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam kenyataan hari ini menyifatkan dua jawatankuasa yang bergerak secara bebas itu dapat memberikan input tepat dan bernas kepada kementerian dalam membuat satu keputusan dasar.

“Segala yang diusahakan adalah menjurus kepada penyelesaian masalah yang wujud sekian lama dan mencari jalan bagi mewujudkan satu suasana bebas dari pengaruh politik, keboleh pasaran anak didik dan pada masa sama mewujudkan manusiawi dalam kalangan murid.

“Beliau (Maszlee) telah mengadakan banyak sesi urus libat dan NUTP berterima kasih kerana banyak inisiatif telah dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud di kementerian,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya antara permasalahan yang berjaya diselesaikan adalah berkenaan kenaikan pangkat berasaskan politik, isu infrastruktur, isu kemasukan anak B40 ke sekolah asrama, dokumentasi yang tidak relevan dalam kalangan guru dan mencari jalan terbaik untuk menwujudkan pendidikan teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang lebih realistik.

Selain itu, kementerian turut memberi perhatian kepada pendidikan khas, memberi autonomi dan kebebasan kepada universiti dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta pemberian peruntukan yang saksama tanpa mengira kaum dan agama, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS