Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lawatan polis ditaja Da Ma Cai: Tak perlu SOP baru - Muhyiddin

Tiada keperluan untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baru walaupun selepas isu lawatan sambil belajar anggota polis ke Istanbul yang ditaja oleh syarikat perjudian Da Ma Cai, maklum Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

"Tiada keperluan untuk SOP baru," katanya hari ini ketika ditanya mengenai keperluan menetapkan SOP baru bagi mengelakkan konflik kepentingan di dalam lawatan rasmi polis ke luar negara.

Beliau berkata bukan menjadi salah bagi pihaknya untuk meluluskan lawatan sambil belajar polis ke Istanbul baru-baru ini yang ditaja Lembaga Totalisator Malaysia.

Katanya, permohonan lawatan sambil belajar polis yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Fuzi Harun diluluskan selepas memastikan tiada percanggahan kepentingan.

"Apabila saya lihat surat (permohonan), saya perlu memastikan yany pertama tiada konflik kepentingan dari segi pihak yang menaja tidak terlibat dalam perjudian.

"Ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia yang sebagaimana yang kamu tahu di bawah Kementerian Kewangan.

"Saya beritahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu asas saya memberi kelulusan. Bagi saya tiada konflik kepentingan," katanya.

Bagaimanapun, mengenai selepas memberi kelulusan terhadap permohonan itu, beliau tidak tahu sumber yang menaja lawatan berkenaan.

"Pasal selepas itu saya tak tau siapa di belakang sumber mana lembaga dapat sumber saya tak tau, tapi fakta yang ada ialah lembaga ini lah yang bukan kali pertama yang buat begitu, yang bertaggungjawab tentang soal urusan, kawalan gambling, off line online, lumba kuda.

"Yang saya diberitau, makna polis kerjasama dengan badan ini yang memang di bawah kerajaan.

"Jadi saya tak fikir ada keperluan satu SOP (baru) pasal saya dah 40 tahun dalam kerajaan, saya tahu apa yang patut dibuat dan saya sedar dalam situasi sekarang rakyat prihatin langkah-langkah yang saya ambil jangan silap jangan salah laku," jelasnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS