Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
IGP kesal laporan negatif lawatan tajaan Da Ma Cai
Diterbitkan:  Feb 16, 2019 12:00 PM
Dikemaskini: 4:00 AM

Ketua polis Negara Mohamad Fuzi Harun menyuarakan kekesalannya berhubung laporan negatif lawatan Polis Diraja Malaysia ke Turki yang ditaja oleh syarikat judi Da Ma Cai.

Fuzi menjelaskan, tawaran sedemikian oleh Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) merupakan satu perkara normal pada setiap tahun dan sebarang kemusykilan sepatutnya ditujukan kepada LTM.

"Saya tak tahu apa motif ada pihak membuat laporan itu. Apa yang pasti, kita ke sana untuk bertugas. Itu adalah tugas rasmi.

"Jelas sekali laporan negatif berhubung lawatan ini adalah tidak berasas sama sekali.

"Bila tugas rasmi, macam-macam acara diatur oleh pihak rakan polis di Turki. Mereka sediakan kemudahan untuk kita selain program rasmi dan mereka juga mengatur program sampingan," katanya lapor Sinar Harian.

LTM merupakan agensi di bawah Kementeriaan Kewangan yang mengawal semua perjudian lumba kuda dan menerima royaltinya di Malaysia.

Tak pasti motif

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, LTM telah menaja tiga lawatan polis ke luar negara ketika zaman pentadbiran Najib Razak.

Sebelum ini, Lim mendedahkan lawatan sambil belajar Fuzi dan pegawai tinggi pasukan keselamatan itu ke Turki pada 10 Februari lalu ditaja oleh syarikat perjudian tersebut dengan kelulusan LTM.

"Memang tiap-tiap tahun mereka LTM tawar kepada kita. Sebab kita bantu mereka dalam usaha mengatasi sindiket haram, bookie dan lain-lain," kata Fuzi.

Fuzi menambah, lawatan kerja itu juga merupakan sebahagian daripada usaha mengukuhkan hubungan dan kedudukan strategik PDRM bersama polis Turki.

"Perkara ini dibuat bukan sahaja kepada kita (PDRM), tapi jika mereka datang ke sini, kita juga sediakan perkara yang sama.

"Tidak ada apa yang tidak kena dengan perkara itu dan saya tak pasti apa motif isu ini dibuat," katanya. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS