Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pengerusinya Shahbudin Yahaya, bekas ahli lembaga pengarah dan pembeli yang terlibat dalam urus niaga dua bidang tanah yang didakwa dijual dengan harga di bawah nilai pasaran.

Pengerusi Perda Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini dua saman berbeza telah difailkan pada 13 dan 14 Februari di Mahakamh Tinggi Pulau Pinang di George Town.

Menurut Haniff saman berkenaan menuntut kembali tanah tersebut atau pampasana ganti rugi serta bayaran bunga kerana agensi itu telah kerugian disebabkan jualan tanah dengan harga murah itu.

Dua bidang tanah itu membabitkan kawasan di Kg Tok Keramat, Nibong Tebal seluar 9.36 ekar bernilai RM17.7 juta dan tanah di Sungai Baong, Jawi seluas 5.8 ekar pada harga RM1.9 juta.

Haniff berkata kes-kes ini melibatkan dakwaan "penipuan, salah guna kuasa, 'kecuaian melampau' maka perjanjian jual beli telah terbatal.

Katanya, saman yang difailkan itu menuntut mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengambil semula tanah tersebut atau sebagai pilihan membayar pampasan dengan kadar bunga yang difikirkan berpatutan oleh mahkmah.

Shabudin ketika menjadi pengerusi Perda menafikan sebarang salah laku dan mempertahankan tindakannya itu berkata tanah di Kg Tok Keramat dijual murah pada RM1.2 juta kerana tempatnya berhampiran dengan sungai dan terdedah kepada hakisan tanah.

"Terdapat 11 lagi kes salah urus kebanyakannya melibatkan Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVI), iaitu syarikat pengurusan hartanah Perda," kata Haniff pada sidang akhbar di Butterworth hari ini.

Pada 2016, Laporan Ketua Audit Negara 2015 menyebut pengerusi Perda Shabudin didakwa menjual tanah tersebut di bawah harga pasaran dan menyebabkan kerugian.

Susulan itu, Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin membuat laporan kepada SPRM meminta suruhanjaya pencegahan rasuah itu menyiasat dakwaan berkenaan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Shabudin bagi mendapatkan penjelasannya.

Bekas MP Umno itu menyertai Bersatu pada 12 Februari lalu bersama enam lagi bekas wakil rakyat pembangkang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS