Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Sebelum PRU, hakim-hakim bimbang PH menang'
Diterbitkan:  Feb 14, 2019 10:52 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

Dalam pendedahan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer hari ini, turut dinyatakan hakim-hakim kanan dan sekutu bimbang dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Hamid mendakwa, seawal April 2018 lagi, dalam majlis makan tengah hari bulanan yang dianjurkan di restoran masakan Itali, salah seorang hakim tertinggi bimbang Pakatan Harapan, yang merupakan pembangkang ketika itu akan menang dan mengheret dia dan sekutunya dalam tribunal.

"Sekumpulan hakim yang duduk di meja saya yang terdiri daripada sekitar lapan orang hakim dengan seorang hakim tertinggi bimbang sekiranya pembangkang menang, mereka akan ditribunalkan atau diminta keluar.

"la adalah satu perkara yang masuk akal kepada saya bahawa hanya mereka yang telah melakukan jenayah perlembagaan yang mengerikan akan takut ditangkap," katanya dalam afidavit itu.

Bagaimanapun, kata Hamid, hakim-hakim berkenaan "sangat gembira" apabila rejim lama dilantik.

"Perbincangan di kalangan anggota kehakiman adalah bahawa mereka dilantik kerana pengaruh mantan menteri yang telah mereka berkhidmat untuk sebelum ini. Saya menyimpan hak untuk menerangkan selanjutnya kepada RCI.

"Mereka semua tahu ia adalah perniagaan seperti biasa (bisness as usual) dan semua ketakutan pengadilan telah hilang dalam sekelip mata dan kini mereka berharap ke kedudukan tertinggi apabila wujud kekosongan.

"Bagi saya, saya melihatnya sebagai satu pergerakan dari rejim kleptokrasi yang lain kepada yang satu lagi," katanya.

Afidavit Hamid difailkan hari ini sebagai sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo hari ini untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman berhubung dua kejadian campur tangan dalam badan berkenaan.

[Baca berita penuh]


Berita berkaitan:

'Ada campur tangan hakim tertinggi kes liwat Anwar'

Gempar! Komplot kerajaan, hakim, swasta tipu duit rakyat



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS