Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Saya luluskan lawatan pasukan IGP ke Istanbul

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengetuai delegasi pasukan pegawai kanan pasukan keselamatan itu dalam lawatan ke Istanbul bagi belajar kaedah menangani jenayah judi dalam talian.

Menurutnya lawatan itu ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, di bawah Kementerian Kewangan.

"Saya luluskan lawatan itu. Saya tidak nafikan. Ini sesuatu yang diperlukan pasukan polis," katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.

Menteri berkata beliau memberi kelulusan selepas pihak polis membuat permohonan tetapi tidak pasti jumlah pegawai yang menyertai program lawatan sambil belajar ke Turki itu.

Muhyiddin diminta mengulas artikel Sarawak Report pada 10 Februari lalu mengenai lawatan berkenaan.

Artikel itu mendakwa kira-kira 16 orang pegawai menyertai lawatan itu dan sebanyak RMRM312,441 mungkin dibelanjakan untuk tiket kapal terbang kelas perniagaan dan tempat penginapan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS