Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Uptown terbakar: Penganjur juga bertanggungjawab, kata Adun

Usaha mengenal pasti penganjur dan pihak pengurusan Uptown Puchong Permai sedang dilakukan setelah bazar larut malam itu mengalami kebakaran dua hari lalu, kata Adun Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud.

Berbeza dengan Uptown Shah Alam, beliau mendakwa Uptown Puchong Permai dibina tanpa mendapat Kebenaran Merancang (KM).

"Saya sendiri tak tahu siapa penganjurnya, mungkin ada pihak yang tahu. Mereka patut bertanggungjawab kerana mereka yang membinanya.

"Saya tak suka sebut perkara ini, (tapi Uptown itu) pembangunan yang tak dibenarkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kebakaran yang berlaku awal pagi 2 Februari itu memusnahkan kira-kira 200 lot kedai engan anggaran kerugian RM1 juta.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata ia kebakaran pertama kali sejak Uptown tersebut dibina pada 2011.

Dalam pada itu, Siti Mariah memaklumkan belum ada perkembangan berkenaan insiden itu dan bomba masih menjalankan siasatan.

"Tiada perkembangan lagi, sebab kita baru hendak minta (bantuan) daripada kerajaan nengeri.

"Hari ini orang mula bercuti. Jadi tunggu selepas sambutan Tahun Baru Cina (untuk) perkembangan," katanya lagi, yang menjangka akan menerima maklum balas daripada pihak berkaitan pada minggu depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS