Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hina akhbar Tamil, juruhebah radio Raaga minta maaf

Seorang juruhebah radio saluran radio Raaga meminta maaf kepada akhbar Tamil dan pembacanya.

Juruhebah dikenali sebagai G Uthaya Kumar itu didakwa menghina akhbar Tamil serta wartawannya dalam satu perbualan telefon yang tular di media sosial sejak tiga hari yang lalu.

Dalam satu kenyataan, Uthaya meminta maaf kepada akhbar Tamil dan pembacanya selepas dikritik hebat oleh wartawan media Tamil dan pembacanya dari seluruh negara.

"Perbualan saya bersama seorang individu berbual mengenai akhbar-akhbar Tamil secara peribadi, ia sengaja dihebohkan bagi menjejaskan reputasi saya oleh individu tersebut."

"Walaupun, ia merupakan perbualan tersebut tidak disiarkan, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf kepada akhbar-akhbar Tamil dan pembacanya atas tindakan saya," katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu perbualan beliau bersama seorang individu yang tidak dikenali mengkritik kandungan akhbar-akhbar Tamil sebagai laporan basi dan wajar akhbar Tamil ditutup.

Dia turut memperlekeh akhbar-akhbar Tamil sebagai sangat selesa digunakan bagi tujuan tidur di atasnya kerana saiznya dan hanya digunakan untuk membungkus barang.

Dia juga mendakwa wartawan-wartawan Tamil pandai membodek ahli politik demi mencari wang.

Dakwaan itu disokong oleh Uthaya sambil kelak ketawa.

Dipercayai perbualan tersebut dirakam bagi tujuan disiarkan dalam radio berkenaan akhbar Tamil Nesan berusia 96 tahun ditutup semalam.

Namun, perbualan tersebut disiarkan dalam radio, namun ditularkan di media sosial yang membangkit kemarahan penerbit akhbar Tamil.

Ramai netizen mengkritik tindakan Uthaya sebagai sengaja memalukan akhbar Tamil.

"Sebagai seorang warga media, beliau sepatutnya mempertahakan akhbar Tamil dan menasihati individu tersebut mengenai perjuangan akhbar Tamil di Malaysia, sebaliknya bukan menyokongnya," kata Gunalan Manium, editor portal berita Desam4U.com.

"Kami sedia terima sebarang kritikan mengenai kandungannya. Tetapi, menghina wartawan dan akhbar tidak boleh diterima," tambah beliau lagi.

Sementara itu, sekumpulan NGO memberi masa 14 hari kepada pemilik akhbar itu agar memecat Uthaya.

Memetik laporan Makkal Osai, mereka bersedia akan membuat satu demonstrasi di hadapan ibu pejabat pemiliknya tidak dipecat dalam masa 14 hari.

Untuk rekod, Raaga merupakan saluran radio dimiliki oleh Astro Radio.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Raaga dan Astro Radio susulan perkembangan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS