Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SC denda Deloitte RM2.2 juta kerana empat pelanggaran
Diterbitkan:  Jan 30, 2019 3:59 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Gergasi perakaunan Deloitte PLT dikenakan penalti RM2.2 juta untuk empat pelanggaran yang melibatkan bon RM2.4 bilion yang diterbitkan oleh anak syarikat 1MDB, Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB), pada tahun 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Sekuriti berkata Deloitte adalah sebagai juruaudit berkanun BMSB dan syarikat induk 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) bagi tahun fiskal yang berakhir 31 Mac 2015 hingga 2016.

“Deloitte didapati telah melakukan dua pelanggaran di bawah Seksyen 276 (3) (b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana kegagalan untuk segera melaporkan penyelewengan kepada SC yang mungkin mempunyai kesan material ke atas kemampuan BMSB memenuhi kewajipannya dalam membayar balik kepada pemegang sukuk apa-apa amaun di bawah Program Sukuk Murabahah.

“SC mendapati pelanggaran yang dilakukan oleh Deloitte adalah serius,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

SC berkata laporan juruaudit bebas Deloitte untuk 1MDB RE bagi tahun 2015 dan 2016 menyatakan bahawa firma itu tidak dapat memperoleh bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk menentukan sama ada wang pendahuluan kepada 1MDB, antara lain, hasil jualan bon itu boleh diperolehi semula.

Laporan kedua-dua firma 1MDB RE dan BMSB untuk kedua-dua tahun itu juga menyatakan bahawa "siasatan berterusan 1MDB menunjukkan wujudnya ketidakpastian material yang memberikan keraguan signifikan berhubung kemampuan kumpulan dan syarikat untuk terus beroperasi".

Deloitte didenda sebanyak RM2 juta - jumlah maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang - kerana gagal menjalankan tugas berkanunnya berhubung kedua-dua perkara berkenaan.

Firma itu didenda sebanyak RM200,000 lagi kerana gagal mengemukakan satu salinan penyata kewangan BMSB kepada MTrustee Bhd - pemegang amanah bagi bon itu - dalam tempoh tujuh hari yang ditetapkan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS