Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Pemilihan Sultan Abdullah dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja selesai jam 12.45 tengah hari tadi.

Agensi Berita Nasional (Bernama), memetik kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan perkara itu.

Sultan Abdullah, 59 ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah pada 12 Jan lalu.

Sultan Ahmad, 88 dilapor kini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

 

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin itu berlangsung selama lebih satu jam.

Mesyuarat dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lepas.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS