Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun T'ganu ditangkap SPRM: Dakwaan tuntutan palsu RM500k
Diterbitkan:  Jan 20, 2019 10:30 PM
Dikemaskini: 5:57 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menangkap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu kerana didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000.

Ahli politik berusia 54 tahun itu bergelar "Datuk" ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Kuala Terengganu hari ini, menurut New Straits Time.

Pada awalnya, Adun berkenaan dipanggil hadir ke SPRM untuk soal siasat.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan kesalahan memalsukan resit, penyata kewangan atau dokumen lain.

Laporan itu menyebut penangkapan tersebut disahkan Pengarah SPRM Terengganu Mohd Zaki Hassan.

SPRM akan memohon perintah tahanan reman terhadap Adun itu di mahkamah esok hari.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS