Pelantikan barisan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bagi penggal 2018-2021 telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PKR (MPN) Perak yang pertama diadakan di sebuah hotel, di Ipoh, semalam.
Ketua Penerangan PKR Perak Raja Azam Shah Raja Omar Ikram berkata mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak mengikut Fasal 28 Perlembagaan PKR.
“Pelantikan itu telah dimuktamadkan dengan penuh harmoni dan memenuhi aspirasi agenda reformasi yang inklusif serta meraikan kepelbagaian latar umur dan pengalaman seperti dikehendaki Presiden PKR Anwar Ibrahim pada kongres parti yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, empat jawatan kanan yang dilantik dalam MPN mempunyai klausa khas berkaitannya di mana mengikut Fasal 27.5 Perlembagaan PKR, pelantikan Timbalan Pengerusi MPN dan Naib-naib Pengerusi MPN perlu namanya diangkat dan dipersetujui Presiden parti.
Berikut adalah senarai penuh Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Perak bagi penggal 2018-2021:
Pengerusi: Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak
Timbalan Pengerusi: M.A Tinagaran a/l Arumugam
Naib Pengerusi 1: Baldip Singh a/l Santokh Singh
Naib Pengerusi 2: Tan Kar Hing
Naib Pengerusi 3: Mohamad Anuar Zakaria
Setiausaha: Mohd Azlan Helmi Helmi (rpt: Mohd Azlan Helmi Helmi)
Bendahari: Muzaffar Shah Khairuddin@Suhaimi
Timbalan Bendahari: Md. Yunus Yusuf
Ketua Penerangan: Raja Azam Shah Raja Omar Ikram
Setiausaha Pengelola: Ejazi Yahaya
Timbalan Setiausaha Pengelola: Mohamad Maharani Md. Tasi
Pengarah Pilihan Raya: Abul Jais Ashfaq Ahmed
Timbalan Pengarah Pilihan Raya: Mohamad Zubir Nor
Pengarah Strategi: Azroul Shahrin Amir Hussin
Pengarah Komunikasi: Jamahari Abu Bakar
Timbalan Pengarah Komunikasi: Sandrea Ng Shy Ching
Ketua Biro Guaman: Khairul Anuar Musa
Ketua Biro Ekonomi: Saiful Kharidan Mohd Ariffin
Ketua Biro Perhubungan Pakatan Harapan: Noor Sham Abu Samah
Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA): Abdul Hamid@A Hamid Ali
Ketua Angkatan Muda : Muhamad Hairul Amir Sabri
Ketua Wanita : Chua Yee Ling
-- Bernama