Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang bersidang di Istana Negara hari ini memutuskan pemilihan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 akan berlangsung pada Khamis, 24 Januari ini.
Sementara, itu istiadat angkat sumpah YDPA yang baru pula akan diadakan pada 31 Januari 2019, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad.
"Raja-Raja yang hadir perjumpaan tersebut dengan ini, menetapkan hari Khamis, 24 Januari 2019 untuk mengadakan mesyuarat khas bagi melilih YDPA yang ke-16
"Raja-raja juga telah menetapkan bahawa Mesyurat Khas bagi acara mengangkat sumpah oleh YDPA ke-16 dan, Timbalan YDPA akan diadakan pada Khamis, 31 Januari 2019," kata kenyataan itu.
Syed Daniel berkata Raja-Raja mengambil maklum dan menzahirkan penghargaan terhadap keputusan mengejut Sultan Kelantan untuk berundur diri daripada YDPA.
Mesyuarat khas Majlis Raja-raja hari ini dihadiri oleh enam orang sultan iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu), Raja Perlis Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail, Sultan Ibrahim Iskandar (Johor), Sultan Sallehuddin Shah (Kedah), Sultan Nazrin Shah (Perak) and Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai YDPA ke-15 tidak hadir mesyuarat.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak hadir kerana kurang sihat, manakala Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sedang berada di luar negara.