Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tinjauan: Ada kalangan orang Melayu anggap kes Najib pendakwaan terpilih

Berdasarkan tinjauan Ilham Centre, dalam kalangan orang Melayu terdapat pihak yang menganggap penahanan dan pendakwaan mahkamah bekas perdana menteri Najib Razak sebagai tidak adil.

Tinjauan itu yang diadakan ke atas 18 kumpulan sasaran selama sebulan juga mendapati pendakwaan ke atas Najib bukan isu besar.

Lapan belas kumpulan sasaran berkenaan dipilih daripada enam kawasan - utara, selatan, tengah, pantai timur, Sabah, dan Sarawak.

Jurucakap ilham Centre Yusri Ibrahim berkata hasil tinjauan itu menarik kerana rata-rata yang diwawancara tidak memberi perhatian kepada kes mahkamah Najib dan isterinya, Rosmah Mansor meskipun ia mendapat liputan media secara meluas.

"Apabila ditanya pendapat mereka berhubung Najib dan Rosmah, mereka yang dari negeri di utara dan selatan tanah air, termasuk daripada kalangan warga tua hanya berkata bahawa biarkan mahkamah menentukan kes itu.

"Sekumpulan kecil malah menyatakan rasa simpati kepada Najib dan merasakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang membalas dendam ke atas Najib.

"Mereka melihat pendakwaan ke atas Najib adalah pendakwaan terpilih, dan menyatakan kebimbangan penghakiman akan berpihak kepada kerajaan - seperti apa yang terjadi pada era BN sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu," katanya dalam forum 'Peralihan Melayu Islam: Ke mana arahnya?' di George Town, Pulau Pinang, semalam.

Yusri berkata responden memetik pengguguran kes ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai "bukti" perkara itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS