Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

AGM BERSATU | Perwakilan yang menyertai perhimpunan agung tahunan kedua Bersatu di Putrajaya hari ini dilihat menggayakan beg Herschel, iaitu sebuah beg berjenama dari Kanada.

Difahamkan seramai lapan orang dari setiap bahagian - ketua bahagian, timbalan dan ahli jawatankuasa - menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.

Beg yang diagihkan dalam pelbagai warna, seperti biru, kelabu, hitam dan merah, dan setiap satunya dengan saiz dan rekaan yang berlainan.

Di bahagian beg tersebut, tertera logo Bersatu dan "Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia" yang dijahit.

Beg tersebut dianggarkan berharga RM250 hingga RM300 - bergantung kepada saiz dan rekaan.

Ketika ditemui Malaysiakini, kebanyakan perwakilan yang menerimanya tidak tahu akan harga beg tersebut tetapi memuji mutunya.

Anggota Bersatu Johor Aidil Ahmad berkata, beliau menerima beg itu pagi tadi selepas mendaftar sebagai perwakilan.

“Saya sampai sejak semalam ketika perasmian.

“Ramai di kalangan kami yang diberikan beg ini hari ini, isi kandungan dalam beg ini kami perlukan untuk sesi bahas esok,” katanya kepada Malaysiakini selepas ucapan sayap wanita dan pemuda Bersatu, hari ini.

Setiap beg turut disertakan buku perlembagaan parti, buku nota, dan sebuah buku bertajuk “Malaysia baru”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS