Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tuntut Maszlee letak jawatan: Pemuda DAP S’wak ubah pendirian
Diterbitkan:  Dec 21, 2018 8:19 PM
Dikemaskini: 12:19 PM

Pemimpin Pemuda DAP Sarawak Abdul Aziz Isa menarik balik kenyataannya yang menuntut peletakan jawatan Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Dalam satu kenyataan petang tadi, Abdul Aziz menggesa Maszlee melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, kira-kira tiga jam selepas itu, Abdul Aziz yang juga itu setiausaha publisiti Pemuda DAP Sarawak, mengubah pendiriannya itu.

"Saya ingin menarik balik kenyataan saya meminta Maszlee untuk meletakkan jawatan. Maafkan saya,” kata Abdul Aziz.

Beliau bagaimanapun tidak menerangkan alasan penarikan semula kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan terdahulu, Abdul Aziz merujuk kenyataan Maszlee bahawa guru agama menjadikan Sabah, Sarawak sebagai medan dakwah, sehingga ia telah disalah fahami sebagai mempromosikan Islam kerana kegagalan Maszlee memilih ayat dengan baik

"Hasilnya, ini mengundang kritikan hebat, terutamanya dari orang Sabah dan Sarawak yang merasakan kenyataannya adalah satu bentuk Islamisasi,” katanya.

Maszlee sebelum ini berkata kenyataannya berkaitan konsep dakwah yang dikemukakan di Sabah dan Sarawak telah disalah anggap apabila ditafsirkan sebagai usaha untuk menukar agama.

Beliau berkata, dakwah perlu dilihat secara universal iaitu mengajak kepada kebaikan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS