Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
JK kuil hiba, mahu dalang dihukum
Diterbitkan:  Dec 18, 2018 12:53 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Pengerusi Jawatankuasa Khas Selamatkan Kuil Mariamman Seafield, Sw Ramaji menyatakan rasa sedih atas berita pemergian anggota bomba Muhammad Adib Kassim.

Beliau menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang terlibat dan dalang di sebalik insiden ganas itu.

"Kami sangat hiba dan pilu dengan berita anggota bomba Muhammad Adib Kassim meninggal dunia akibat cedera semasa menjalankan tugas di Seafield.

"Kami menggesa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan dan membawa semua yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Pihak berkuasa bukan sahaja harus menangkap pelaku tetapi juga orang yang berada di belakang pelaku.

"Mereka mesti dihukum kerana tindakan ganas mereka bukan sahaja menyebabkan kematian seorang penjawat awam tetapi juga menjejaskan perjuangan kami untuk mengekalkan kuil Seafield di lokasi sekarang.

"Keganasan bukanlah jalan penyelesaian untuk sebarang masalah. Dan orang-orang yang terlibat atas alasan apa pun perlu disiasat dan dihukum dengan sewajarnya," katanya.

Semalam, Adib menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama hampir tiga minggu.

Anggota bomba berumur 24 tahun itu dikejarkan ke lokasi rusuhan pada 27 November lalu akibat pertikaian mengenai tanah kuil di USJ 25, Subang Jaya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi berhampiran, perusuh menyerang lori bomba dan van perubatan yang menyebabkan Adib dan rakannya yang lain terpaksa berundur.

Polis mendakwa Muhammad Adib diheret keluar dari kenderaan yang dinaikinya sebelum dipukul dan menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS