Anifah Aman bersedia membentuk sebuah parti baru yang berpusat di Sabah, menurut sumber yang rapat dengan bekas menteri luar itu.
“Beliau tidak mungkin menyertai mana-mana parti peringkat nasional kerana menurut pengalamannya, Anifah tidak mempunyai peluang untuk menegakkan hak-hak Sabah,” kata sumber.
Parti baru itu dikatakan akan menjadikan perjuangan mempertegaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai matlamat utamanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, sumber juga berkata sebelum ini “perbincangan mengenai MA63 tidak diendahkan malah disekat”.
Anifah baru-baru ini telah meletakkan jawatan dalam Umno untuk bergerak sebagai wakil bebas.
Beliau ketika itu turut membangkitkan kepingin ingin semangat asal dan niat MA63 dihormati dan dilaksanakan dengan tulus.
Langkah Anifah itu dilihat berbeza dengan bekas anggota parlimen BN lain yang dilihat cenderung kepada parti serpihan Umno, Bersatu, yang kini menjadi komponen Pakatan Harapan.