Peguam kerajaan mendedahkan Mahkamah Tinggi Admiralti di Kuala Lumpur tidak menerima bidaan kapal persiaran mewah Equanimity.
S Sitpah berkata selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Khadijah Idris, mereka diarahkan untuk meneruskan ke fasa kedua penjualan melalui proses rundingan persendirian.
Fasa kedua ditetapkan sehingga 31 Mac tahun depan.
"Kami ada menerima bidaan pada fasa pertama tetapi ditolak,’’ beliau dipetik sebagai berkata.
Sitpah berkata kerajaan juga diberikan harga panduan AS$130 juta.
Nilai itu ditaksir oleh Winterbothams, pentaksir bebas dalam industri perkapalan.