Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tangkap Arul Kanda
Diterbitkan:  Dec 11, 2018 11:47 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

SPRM dilaporkan menangkap Arul Kanda Kandasamy tidak berapa lama selepas dia hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya kira-kira jam 9.45 pagi ini.

“Kami boleh sahkan Arul Kanda telah ditangkap oleh SPRM.

“Mereka akan membawanya ke mahkamah esok pagi untuk didakwa bersama (bekas perdana menteri) Najib (Razak),” peguamnya N Sivananthan dilapor memberitahu pemberita di luar bangunan SPRM.

Sivananthan berkata bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB itu ditangkap pada jam 10.35 pagi, lapor Malay Mail.

Katanya, Arul Akan bermalam di lokap SPRM hari ini.

Setakat ini, setahu beliau, Arul Kanda akan berdepan satu pertuduhan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan pengubahan laporan audit negara berkaitan 1MDB.

Pada 25 November lepas, Ketua Audit Negara Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan Najib tahu mengenai perkara itu.

Madinah turut mendedahkan dua perkara penting digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Semalam, Najib ditahan kira-kira dua jam setengah di SPRM ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS