Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS solat hajat, doa ratus kali pun tak menang Putrajaya - Tok Him

Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bimbang dengan doa "pendekkan hayat" kerajaan PH kerana ia belum tentu dimakbulkan Allah SWT, kata Dr Ibrahim Ali.

Malah, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu PAS sudah banyak berdoa dan melakukan solat hajat, namun tetap tidak mampu memenangi Putrajaya.

"Cuma pada saya tak payahlah bising sangat mengenai doa ini, sebab doa makbul tak makbul Allah SWT saja yang tahu.

"Apa yang saya tengok PAS ini sejak ditubuhan...hanya menang Terengganu, Kelantan, Kedah. Walaupun dah beratus kali solat hajat dan doa.

"PH tak perlu bimbang dengan doa pendekkan umur (jangka hayat), sebaliknya bagaimana dengan kegagalan menangani kos sara hidup dalam tempoh 100 hari itu yang perlu digusarkan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

Pemimpin PAS pada "perhimpunan kesyukuran" bagi menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di Dataran Merdeka 8 Ogos lalu membaca doa supaya Allah SWT memendekkan tempoh hayat kerajaan PH.

Kembali ke pangkal jalan

Doa itu dibaca pada sesi penutup perhimpunan itu oleh Anggota Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh yang diaminkan oleh ribuan peserta yang hadir.

Nik Zawawi juga berdoa agar pengundi muda yang memberi undi PH sebelum ini supaya "kembali ke pangkal jalan".

Sementara itu mengulas mengenai proses pendaftaran Parti Pribumi Perkasa (Putra), Ibrahim berkata sudah tiga bulan permohonan dibuat namun, belum diluluskan lagi.

Beliau turut menempelak kerajaan PH yang gagal meluluskan penubuhan Putra.

"Waktu (kerajaan) BN, Bersatu diluluskan dalam masa sebulan saja, kerajaan baru sudah tiga bulan permohonan tapi belum diluluskan lagi.

"Saya hendak tengok berapa lama mereka hendak tangguh permohonan ini dan sebab kerajaan untuk tidak luluskan permohonan," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS